Sunday, December 12, 2010

Kemanisan Beribadah

Sebelum jari ini menekan lebih banyak huruf-huruf di atas key board,  terlebih dahulu saya memohon keampuan dari Allah SWT sekiranya wujud sikap riyak, takbur dan 'ujub dalam diri ini. Astaghfirullah... 

Sekadar berkongsi. Sementara menunggu jawapan penempatan, saya hanya duduk di rumah dan berkerja sambilan. Masa yang ada di rumah sangat banyak. Timbul kesedaran dalam diri yang waktu inilah sepatutnya saya gunakan untuk mencari keuntungan. Tidak kiralah keuntungan dunia mahupun akhirat. Kedua-duanya sangat penting. 

Diri ini sangat jahil. Banyak menghabiskan masa dengan membuat perkara-perkara yang merugikan. Tidak pernah insaf dengan pemergian sahabat-sahabat yang dijemput Allah SWT lebih awal dari diri ini. Cukupkah amalan saya? Layakkah saya berjumpa denganNya? Dengan diri yang penuh dosa.. Isy.. tak sanggup..

Saya melakukan sedikit-sedikit amalan yang pernah dipelajari. Inilah diri saya. Ibarat pokok yang tidak berbuah. Tahu tentang ilmu tetapi tidak diamalkan. Saya mohon kepada Allah SWT supaya kurniakan nikmat beribadah dalan diri ini. Saya sentiasa mahu jadi manusia yang baik. Tapi saya sedar yang hendak mencapai status manusia baik memang sangat susah.

Aku mohon kepada Mu Ya Allah.. Engkau masukkanlah nikmat beribadah dan nikmat iman dalam hatiku dan juga hati keluargaku serta hati umat-umat Islam. Kemudian jika kami telah dapat merasai nikmat tersebut, janganlah Engkau palingkan hati kami kepada yang asal. Kekalkanlah nikmat yang Engkau kurniakan. Ampunilah diri ini..

No comments:

Post a Comment