Wednesday, December 22, 2010

HIDUP INI SEMAKIN SUKAR....

Assalamualaikum...

Hidup ini semakin sukar? Isy...Negatif betul pernyataan ni. Kita digalakkan untuk sentiasa berfikiran positif. Itu benar. Ramai pakar motivasi menyarankan kita untuk sentiasa berfikiran positif supaya hidup lebih gembira dan ceria. Namun, jangan lupa bahawa kegembiraan itu ada batasnya. Saya bukan nak tunjuk pandai apatah lagi nak jadi penceramah motivasi...

Baiklah.. Kita balik semula kepada tajuk kita tadi iaitu "Hidup Ini Semakin Sukar". Ada satu cerita.. jeng, jeng, jeng...

Semua orang kenal Saidina Uthman bin Affan RA kan? Beliau merupakan salah seorang sahabat nabi Muhammad SAW yang dijanjikan syurga. Satu hari beliau berjalan dan melalui kawasan perkuburan. Beliau tiba-tiba menangis teresak-esak. Seorang sahabat bertanya kepadanya, "Kenapa engkau menangis?". Saidina Uthman menjawab, " Sekarang, aku bahagia. Pelbagai nikmat yang Allah SWT berikan dapat aku rasa. Aku takut aku akan sensara ketika berada di alam kubur nanti."

Saya dapat cerita ni dari seorang pak cik yang juga tinggal di Kg. Tali Air, Morib. Bila saya fikir kembali ada benarnya cerita ini jika kita kaitkan dengan kehidupan kita. Jom kita imbas kembali diri kita sewaktu di dalam kandungan ibu kita. Kerja kita cukup mudah. Hanya perlu makan, tidur, makan dan tidur. He! Kemudian kita dilahirkan. Kita menempuhi kesukaran pertama iaitu kita perlu belajar bercakap, belajar berjalan, belajar makan sendiri.. isy.. susahnya.. Untuk berjalan sahaja, dah banyak kali kita terjatuh dan terhantuk. Namun, atas latihan yang kita lakukan, semua itu menjadi mudah. Setuju tak? Sekarang kita boleh makan dengan mudah, berlari, melompat berguling dan macam-macam lagi..

Seterusnya hidup kita semakin sukar apabila kita memasuki alam persekolahan. Kita kena belajar macam-macam. Kurang masa bermain. Kena patuhi disiplin. Kena marah.. Hadui.. Sukar sungguh! Namun, atas latihan yang kita lakukan semua pekerjaan menjadi mudah. Setuju tak? Malah ada dalam kalangan kita yang dah memiliki pelbagai ijazah dan kemahiran. Pangkat tak payah cerita la.. Pensyarah, doktor, Ir, doktor falsafah, prof madya, prof... hui.. Hebat-hebat belaka..

Hidup kita bertambah sukar selepas alam belajar. Kita kena masuk alam pekerjaan pula.. Susahnya.. Lepas tu kena kahwin pula.. Kita dibebani dengan masalah kerja, keluarga, masyarakat dan negara. Tak boleh elak. Kita kena hadapi semua ni. Namun, sekali lagi dengan ilmu, latihan dan amalan tertentu kita boleh jalani kehidupan ini dengan lebih mudah. Kita ada guru, ustaz dan pakar motivasi untuk membimbing kita mengharungi kehidupan ini.

Selepas itu, Kehidupan kita bertambah sukar apabila kita mula memasuki alam barzakh. Alam mati. Macam mana ya? Kita belum ada pengalaman lagi berada di alam ini. Bersediakah kita? Rasulullah SWT telah meninggalkan pesan untuk kita bagaimana kita hendak hadapi kehidupan yang semua orang akan tempuhi ini. Tugas kita hanya perlu amalkan apa yang telah diajarkan. Sama seperti kehidupan sebelum ini. Latihan adalah persediaan untuk kita tempuhi semua ini. Kita perlu mencari ilmu untuk kita berlatih. Tak guna berlatih tanpa ilmu dan tidak guna ilmu yang ada tanpa berlatih..

Renung-renungkan.. Selamat Berlatih (^^,)


No comments:

Post a Comment