Showing posts with label SMS daripada Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label SMS daripada Rasulullah. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

Membina rumah di syurga

Rasulullah saw bersabda:

Allah swt bangunkan rumah di syurga dengan solat sunat 12 rakaat yang mengiringi sembahyang fardhu.
(Hadis riwayat Tirmizi, Nasai, Ibn Majah dan Ahmad)

Solat sunat yang mengiringi solat fardhu ada 2 sifat. sifat pertama ialah bersifat muakkad (yang amat sangat ditekankan perlaksanaannya). Sifat kedua ialah ghairu muakkad (yang tidak terlalu ditekankan perlaksanaannya).

Solat sunat 12 rakaat yang dianjurkan Rasulullah saw ialah:
  • 4 rakaat sebelum Zohor
  • 2 rakaat selepas Zohor
  • 2 rakaat selepas Maghrib
  • 2 rakaat selepas Isya'
  • 2 rakaat sebelum Subuh

Semua orang tahu yang kehidupan di syurga sangat indah. Pelbagai cerita yang kita telah dengar tentang nikmat tinggal di syurga. Di dalam al-Quran banyak kali disebut tentang kelebihan sesiapa yang dapat tinggal di syurga. Subhanallah...

Misi kali ini ialah melawan nafsu diri untuk rajin melakukan solat-solat sunat yang dianjurkan Rasulullah saw. Bukan untuk orang lain. Untuk kita juga.. Betul kan??

Apa tunggu lagi?? VRRROOOOOOMMMMM!!!


Wednesday, December 8, 2010

BEWARE!!! : Strategi Syaitan Untuk Menyesatkan Manusia

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka menandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semua kecuali hamba-hamba Mu yang Mukhlis antara mereka." (al-Hijr:39-40)

Rasulullah SAW: Sesungguhnya syaitan mengalir dalam tubuh manusia melalui aliran darah

Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam Madarijus-Salihin, terdapat lima strategi yang akan iblis gunakan dalam kerja menyesatkan manusia. Jika strategi pertama tak berjaya, iblis akan gunakan strategi kedua. Begitulah seterusnya sehinggalah strategi kelima.

Pertama: Iblis akan menggoda manusia untuk melakukan syirik, menolak keyakinan kepada Tuhan, menolak ajaran nabi Muhammad SAW dan menolak kebenaran al-Quran. Kemudian iblis akan hembuskan keraguan terhadap agama. Manusia yang terpengaruh akan merasakan agama ini menyusahkan dan menjadikan penganutnya ke belakang, terbelenggu dan ketinggalan zaman. 

Kedua: Iblis akan membiar dan mendorong kita beragama. Iblis menggalakkan kita beramal tetapi dalam masa yang sama iblis akan menyelewengkan kefahaman kita sehingga kita berasa seolah-olah kita beragama dan beramal dengannya padahal kita sudah melencong dari agama Islam. Kita akan adakan perkara baru (bida'ah). Kita terlalu fanatik dalam beragama dan kita rasakan yang amalan kita akan mendapat pahala, padahal amalan tersebut ditolak sama sekali.

Ketiga: Saitan mengajak untuk melakukan dosa-dosa besar seperti berzina, minum arak, menilik nasib dan membunuh. Paling parah apabila nafsu kita sendiri yang mendorong kita melakukan dosa-dosa besar tersebut. Nauzubillah.. Syaitan akan gunakan pelbagai elemen seperti rakan-rakan, media cetak, media elektronik dan lain-lain.

Keempat: Syaitan menghasut kita untuk berani melakukan dosa-dosa kecil. Syaitan akan meniupkan rasa tidak rasa bersalah dalam diri kita untuk melakukan dosa-dosa kecil tersebut dengan tanggapan manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Bukankah kita boleh memohon ampun dengan beristighfar? Kita silap. Dosa kecil yang kita lakukan akan menjadi dosa besar. Kita langsung tak menyedari tompokan dosa yang menggunung itu. 

Kelima: Iblis mempengaruhi kita agar sibuk melakukan perkara-perkara yang harus sehingga melupakan perkara-perkara yang wajib (beribadah). Kita akan dilalaikan dengan tidur yang lama, makan yang banyak, berborak di kedai kopi dan berhibur dengan berlebihan.

Astaghfirullah.. semua strategi di atas saya dapat rasakan yang syaitan betul-betul gunakan atas diri saya. Saya bukan menulis untuk menunjuk-nunjuk, tapi untuk menyedarkan diri saya yang selalu alpa dengan nikmat dunia yang sementara ini.. Saya masih berusaha dalam berdakwah kepada diri sendiri kerana saya sedar yang saya masih belum cukup kuat untuk berdakwah kepada orang lain.  


Thursday, December 2, 2010

Jom Jadi Kaya!!

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Setiap tasbih, tahmid, tahlil, takbir dan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah sedekah. 
Cukuplah dengan dua rakaat solat Dhuha." 
(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad)

Solat Dhuha hukumnya sunat muakkad, sebab Rasulullah saw secara tetap dan berterusan melaksanakannya serta menyuruh para sahabat untuk menunaikannya. 

Mari kita tunaikan!

Menurut ustaz saya, waktu perlaksanaan solat Dhuha ini adalah sesudah matahari terbit hingga gelincir matahari sebelum masuk waktu Zohor (kira-kira jam 8-11 pagi).

Rasulullah saw bersabda:

"Bila pagi menjelang, maka tiap-tiap sendi pada tubuh manusia haruslah bersedekah. Maka setiap tasbih ialah sedekah, setiap tahmid ialah sedekah, setiap tahlil ialah sedekah, setiap takbir ialah sedekah dan menyeru kepada kebaikan serta mencegah kepada kemungkaran adalah sedekah. Dan semua itu dicukupkan dengan dua rakaat solat Dhuha." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad)


Berdasarkan hadis ini, marilah kita bersedekah setiap hari atas semua sendi di tubuh kita. kalau saya tidak salah, menurut kajian sains berjumlah 360 sendi. Subhanallah! Allah swt sudah beri kita jalan mudah untuk beribadah. Hanya luangkan 10 minit untuk jadi kaya (^^,)