Showing posts with label coretan. Show all posts
Showing posts with label coretan. Show all posts

Monday, December 28, 2015

As salam.. lamanya tak masuk blog ni.. haha! Kalau blog ni dijelmakan ke alam realiti, sure bersawang berhabuk. Haha! Macam2 peristiwa berlaku. Tapi tak tercerita kt sini. Sebab terlalu banyak laman sosial untuk di'update' (ye ke?) Haha!

Thursday, October 20, 2011

nama aku? nama kau? nama mereka?

Bismillah.. Assalamualaikum! Hujan turun sejak beberapa hari kat bumi Banting nih. Saya dok terperap dalam rumah tak tau nak buat apa. Barulah teringat nak buka blog yang dah berhabuk nih. lama sangat tak update.  haha!


Ni nak cerita pasal nama pulak.. Kenapa tetiba plak nak buka topik pasal nama nih? (malas nak tulis. panjang sangat) teruskan............


Semua orang ada nama. Saya, kamu, awak, dia, mereka semua ada nama. Nama yang diberikan oleh ayah & ibu kita. Kita sendiri tahu yang nama bukan sebarang nama. Nama yang ada pada kita ni sepatutnya mencerminkan diri kita. Kalau tak, takkan lah ibu & ayah kita letak nama kita sesuka hati.. Btol tak??


Saya ambil contoh nama saya. HANIF. Hanif ni diambil dari bahasa arab (hanif, hunafa') yang membawa maksud "Yang Lurus". Saya pun tertanya-tanya. LURUS? adakah BENDUL?


Belek punya belek barulah jumpa. Maksud Hanif ni ialah orang-orang yang mengekalkan kepercayaan yang ada dalam ajaran Islam yang suci. Dalam erti kata lain, orang yang bernama Hanif ni bermaksud "benar-benar beriman". Subhanallah.. (nama memang hebat, tapi empunya nama... Astaghfirullah...)


So, sahabat-sahabat.. Jom kita berusaha untuk jadi "nama" kita.. Memang sukar. Mohonlah petunjuk. Empunya tangan yang menaip ni pun nak sama-sama usaha...


Rabbi yassir wa la tuassir......



Sunday, March 6, 2011

kanapa susah nak rasa?

Salam...
Berkarat sudah sendi-sendi jari sebab dah lama tak tekan keyboard untuk update blog. hehe! Tak pa lah, orang kata pelan-pelan kayuh. Baik ada daripada terus senyap. Betul ye dak??

Entri kali ni nak cerita pasal sifat Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyimpan Rahsia. Subhanallah.

Jom kita fikir sama-sama. Dalam sehari, berapa banyak dosa yang kita dah buat? Kalau orang lain buat salah kat kita, mesti kita marah kan? Lepas tu kita cerita pulak kesalahan orang tu kat orang lain untuk menunjukkan marahnya kita. Allah tak macam tu. 

Kita buat perkara yang Allah marah. Senyap-senyap je kita buat. Kita tau yang benda tu salah. Tapi kita buat gak. Apa yang saya nak kongsi kat sini adalah, Allah masih menjaga aib kita. Allah masih memberi kita nikmat untuk sedut oksigen yang Dia bagi. Allah jaga aib kita sampaikan orang lain nampak kita ni baik je.. Tapi sebenarnya, hanya Allah saja yang tau. Semua perlakuan kita kat dunia ni Allah simpan. Tak kasi bocor kat sesiapa pun. Sebab, Allah nak jaga aib kita. Kita je yang susah nak sedar sebenarnya, kita banyak dah buat aib kat diri kita sendiri.

Jom kawan-kawan, mulai dari sekarang, kita azam supaya kita kerap ingat Allah. Zikir, fikir, amal.. Insya Allah.. (^^,)


Monday, February 7, 2011

aku guru baharu.. Aku hanya tersenyum..

Salam... Alhamdulillah.. Hari ni aku memulakan tugas di Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat, Banting. Dekat je dengan rumah aku. Aku tersenyum.. Mungkin ni lah nikmat yang Allah nak bagi kat aku. Aku kena jaga mak n ayah aku. Aku ni bergelar abang kepada seorang adik. tak ramai kan? So, mungkin tu r sebab kenapa aku ditempatkan dekat dengan rumah ni.. 
Kepada kawan-kawan yang dapat jauh, aku minta maaf k.. haha! Aku hanya tersenyum...

Sampai je kat SK Kanchong Darat, dengan muka malu-malu (maklum r.. budak baru) aku jumpa dengan akak kerani. Lepas tu aku tros mengadap guru besar. Macam-macam amanat dia story kat aku. Aku hanya tersenyum.. he! Aku sah jadi warga pendidik SKKD sekarang. Yeah!

Masuk je bilik guru, kelas & persekitaran sekolah, aku tersenyum.. Diorg memang sangat ramah. Aku hanya tersenyum..

Petangnya pulak ade Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan Guru SKKD. Aku pn datang je r meeting tu. Tau ape aku dapat? Hari pertama aku lapor diri, teros dapat jawatan Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan kakitangan SKKD. Aku hanya tersenyum... Tinggi sungguh harapan mereka pada aku. Ni semua cabaran. Aku kene tempuh. Ni bukan cerita dongeng. Aku dah masuk alam pendidikan yang sebenar.. Aku hanya tersenyum..

So, aku sedar yang pengalaman kawan-kawan lain mesti lagi hebat. Dengan pengalaman aku ni, apa lah sangat..kan? Aku doakan korang boleh tempuh cabaran yang korang hadapi. Senyum je.. Insya Allah mudah..

Thursday, January 27, 2011

muncul semula

Assamualaikum.....

Lama sungguh jari-jari ni tak menekan keypad laptop.. Sibuk dengan tugas? Haha.. Alasan biasa. Kalau masuk dalam 'Kamus Alasan', Dah berhabuk dah. Dah tak boleh digunakan lagi.. 

Sementara menunggu panggilan posting, saya bekerja di kedai makan pada waktu siang. Malam pula jadi tutor di pusat tusyen. Alhamdulillah.. Saya sedar yang mencari sesuap nasi tu tak senang. Teringat zaman kanak-kanak waktu umi berhempas-pulas membesarkan saya dan adik seorang diri.. Umi memang hebat. Kini saya tahu yang saya perlu pikul tanggungjawab baru. Tanggungjawab yang bukan kecil. Mudahkanlah Ya Allah... Saya nak umi bahagia dalam hidupnya dan sayalah yang akan membahagiakannya.. Berikan kekuatan untuk hamba Mu ini Ya Allah.. Saya sayang umi..

Thursday, December 30, 2010

MALAYSIA JUARA!!!

Alhamdulillah.. Akhirnya Malaysia menjadi juara piala Suzuki AFF buat julung kali. Kegembiraan ditambah dengan air mata yang tak dapat ditahan. Haha! Orang kata hilang macho. Tak mengapa kerana saya memakai topeng semalam.. he! 

Bertindak sebagai pemukul drum bagi team Ultras Malaya merupakan benda yang paling best. Dikelilingi sahabat-sahabat yang tak reti penat menyanyi dan bersorak menyokong pasukan Harimau Malaya. 

Yeah! Suasana dan perasaan malam semalam sangat hebat!!



Wednesday, December 22, 2010

SOLAT CARA NABI MUHAMMAD S.A.W

Assalamualaikum..
 Sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah SWT. Saya yakin yang sahabat-sahabat semua tahu akan kepentingan solat dan masing-masing telah melakukannya sejak beberapa tahun lalu. Sejak dari darjah 1 kita dah diajar cara menunaikan solat. Alhamdulillah..


Kita terus ke perbincangan...


Sahabat-sahabat, jom kita tanya diri kita sendiri. Adakah cara kita solat sama dengan cara nabi Muhammad SAW? Nabi Muhammad SAW memberitahu kita dalam sabdanya " Solatlah kamu seperti mana kamu melihat aku solat." Jadi, adakah cara kita solat selama ini sama dengan cara nabi SAW solat? Kita kena semak dan kita kena belajar.


Sahabat-sahabat mesti tau pasal YouTube kan? Ok.. Apa kata kita ambil sedikit masa untuk belajar solat cara nabi SAW melalui YouTube ni. Sahabat-sahabat boleh taip nama Ustaz Johari Wahab. Beliau akan mengajar kita cara solat dan cara nabi berwudhu. Terdapat banyak siri. Kita boleh mempelajarinya sedikit-sedikit.


Insya Allah dengan usaha yang kita buat ini dan amalan solat kita yang sama dengan nabi SAW akan membolehkan nabi SAW mengaku bahawa kita ini umatnya. Apa yang kita takut adalah apabila di padang Mahsyar nanti nabi SAW tidak mengenali dan tidak mengakui yang kita ini adalah umatnya. Nauzubillahi min zalik..


Thursday, December 16, 2010

10 Muharam (Hari Asyura)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Perut kenyang makan bubur Asyura. dah 10 Muharam dah.. Subhanallah. Sangat laju masa berlalu. Sepanjang hari ni, saya senyum sepanjang hari. Sebab pertama hari ini ialah Hari Asyura bersamaan 10 Muharam 1432H. Sebab kedua ialah Malaysia berjaya mengalahkan pasukan Vietnam 2-0. Hehe! Alhamdulillah. Sebelah kaki sudah melangkah ke final piala Suzuki. 

Post kali ini adalah untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang kelebihan Hari Asyura..

  1. Terdapat 5 waktu sesuatu doa tidak akan ditolak. Hari tersebut ialah pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha. (riwayat Bukhari dan Muslim) 
  2. Rasulullah SAW pernah ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Asyura. baginda bersabda. " Akan digantikan kejahatan-kejahatan pada tahun sebelumnya dengan kebaikan disebabkan puasanya itu." (riwayat Muslim)
  3. Satu amalan sunat yang dilakukan pada hari Asyura ialah menggembirakan keluarga atau saudara mara terdekat. Rasulullah bersabda. " Sesiapa yang melapangkan (menggembirakan) keluarganya pada hari Asyura, maka Allah SWT akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun itu." (riwayat at-Tabrani dan al-Baihaqi) 
So, sahabat-sahabat sekalian, ni baru sedikit. sebenarnya banyak lagi kelebihan yang boleh kita dapat dalam hari Asyura ni. Banyak ganjaran yang Allah nak berikan kepada hambaNya iaitu kita. Kita je yang perlu berusaha untuk dapatkan ganjaran yang dijanjikan. Bak kata pepatah,

"Nak seribu daya.. Kalau tak nak, sudah.. tak boleh nak buat apa"
  

Sunday, December 12, 2010

Bersangka Baiklah Dengan Allah SWT

Jom sama-sama terapkan dalam hati bahawa sesuatu perkara tu datang dari Allah. Semua itu adalah ujian untuk hambaNya. Nak dapat kerja pun kena test, apatah lagi nak masuk syurga yang maha hebat tu..


Kemanisan Beribadah

Sebelum jari ini menekan lebih banyak huruf-huruf di atas key board,  terlebih dahulu saya memohon keampuan dari Allah SWT sekiranya wujud sikap riyak, takbur dan 'ujub dalam diri ini. Astaghfirullah... 

Sekadar berkongsi. Sementara menunggu jawapan penempatan, saya hanya duduk di rumah dan berkerja sambilan. Masa yang ada di rumah sangat banyak. Timbul kesedaran dalam diri yang waktu inilah sepatutnya saya gunakan untuk mencari keuntungan. Tidak kiralah keuntungan dunia mahupun akhirat. Kedua-duanya sangat penting. 

Diri ini sangat jahil. Banyak menghabiskan masa dengan membuat perkara-perkara yang merugikan. Tidak pernah insaf dengan pemergian sahabat-sahabat yang dijemput Allah SWT lebih awal dari diri ini. Cukupkah amalan saya? Layakkah saya berjumpa denganNya? Dengan diri yang penuh dosa.. Isy.. tak sanggup..

Saya melakukan sedikit-sedikit amalan yang pernah dipelajari. Inilah diri saya. Ibarat pokok yang tidak berbuah. Tahu tentang ilmu tetapi tidak diamalkan. Saya mohon kepada Allah SWT supaya kurniakan nikmat beribadah dalan diri ini. Saya sentiasa mahu jadi manusia yang baik. Tapi saya sedar yang hendak mencapai status manusia baik memang sangat susah.

Aku mohon kepada Mu Ya Allah.. Engkau masukkanlah nikmat beribadah dan nikmat iman dalam hatiku dan juga hati keluargaku serta hati umat-umat Islam. Kemudian jika kami telah dapat merasai nikmat tersebut, janganlah Engkau palingkan hati kami kepada yang asal. Kekalkanlah nikmat yang Engkau kurniakan. Ampunilah diri ini..

Monday, December 6, 2010

1 Muharam 1432H

Assalamualaikum..

"Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan atas mereka. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal abadi, yang Qadim, yang Awal dan atas kelebihan Mu yang besar dan kemurahan Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon dari Mu pemeliharaan sepanjang tahun ini daripada syaitan yang direjam dan pembantu-pembantunya serta tentera-tenteranya. Kami juga memohon perlindungan Mu daripada nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Mu untuk melakukan usaha yang mendekatkan kami kepada Mu, wahai Tuhan Yang Memiliki Kebesaran dan Yang Maha Penyayang." Amin..

Alhamdulillah.. Doa di atas merupakan doa yang saya dan seluruh umat Islam di Malaysia, mungkin juga di dunia bacakan selepas solat fardhu Maghrib. Doa ini sangat besar maknanya bagi seorang hamba yang mengharap perlindungan dan kasih sayang dari Tuhannya.

Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah tetap memberi kita pelbagai nikmat meskipun kita selalu lupa akan tugas yang seharusnya kita lakukan di atas muka bumi milik Nya ini.. Subhanallah..

Cuba kita bayangkan jika Allah menarik sebentar nikmat oksigen yang diberikan kepada kita selama 5 minit sebab dosa yang kita lakukan. Tentu tak sanggup kan? hmm... Kita memang manusia yang sangat lemah. Senang sangat terlupa. Ini semua adalah muslihat syaitan untuk kita teman mereka di dalam neraka.  Na'uzubillah..

Marilah kita mohon supaya sentiasa dilindungi daripada ujian yang terlampau berat sehingga kita boleh terlupa untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Salam Maal Hijrah  dari saya ~HANIF~

Thursday, December 2, 2010

Nikmat

"Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata, Wahai tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu tang soleh" (Surah an-Naml, ayat 19)

Sengaja saya tuliskan terjemahan surah ini sebab saya nak mengingatkan diri saya sendiri supaya bersyukur atas segala perkara yang Allah berikan. Saya tidak pandai menulis seperti penulis-penulis lain. Hasil tulisan saya seperti murid-murid sekolah. Namun, inilah yang saya mampu. Semoga Allah memaafkan kelemahan yang ada pada diri saya ini.

Wednesday, December 1, 2010

salam..

nama aku hanif. aku baru je nak berjinak-jinak dalam dunia blog nih. aku masih tak de konsep utk blog aku. baru nk cuba-cuba. kalau aku da jumpe konsep yg aku nak isi dalam blog aku. aku akan letak je. haha! so, kpd sahabat-sahabat yg da lame ade blog, sy minta tunjuk ajar.. (^^,)