Monday, December 6, 2010

1 Muharam 1432H

Assalamualaikum..

"Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan atas mereka. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal abadi, yang Qadim, yang Awal dan atas kelebihan Mu yang besar dan kemurahan Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon dari Mu pemeliharaan sepanjang tahun ini daripada syaitan yang direjam dan pembantu-pembantunya serta tentera-tenteranya. Kami juga memohon perlindungan Mu daripada nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Mu untuk melakukan usaha yang mendekatkan kami kepada Mu, wahai Tuhan Yang Memiliki Kebesaran dan Yang Maha Penyayang." Amin..

Alhamdulillah.. Doa di atas merupakan doa yang saya dan seluruh umat Islam di Malaysia, mungkin juga di dunia bacakan selepas solat fardhu Maghrib. Doa ini sangat besar maknanya bagi seorang hamba yang mengharap perlindungan dan kasih sayang dari Tuhannya.

Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah tetap memberi kita pelbagai nikmat meskipun kita selalu lupa akan tugas yang seharusnya kita lakukan di atas muka bumi milik Nya ini.. Subhanallah..

Cuba kita bayangkan jika Allah menarik sebentar nikmat oksigen yang diberikan kepada kita selama 5 minit sebab dosa yang kita lakukan. Tentu tak sanggup kan? hmm... Kita memang manusia yang sangat lemah. Senang sangat terlupa. Ini semua adalah muslihat syaitan untuk kita teman mereka di dalam neraka.  Na'uzubillah..

Marilah kita mohon supaya sentiasa dilindungi daripada ujian yang terlampau berat sehingga kita boleh terlupa untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Salam Maal Hijrah  dari saya ~HANIF~

No comments:

Post a Comment