Thursday, December 30, 2010

MALAYSIA JUARA!!!

Alhamdulillah.. Akhirnya Malaysia menjadi juara piala Suzuki AFF buat julung kali. Kegembiraan ditambah dengan air mata yang tak dapat ditahan. Haha! Orang kata hilang macho. Tak mengapa kerana saya memakai topeng semalam.. he! 

Bertindak sebagai pemukul drum bagi team Ultras Malaya merupakan benda yang paling best. Dikelilingi sahabat-sahabat yang tak reti penat menyanyi dan bersorak menyokong pasukan Harimau Malaya. 

Yeah! Suasana dan perasaan malam semalam sangat hebat!!



Thursday, December 23, 2010

Membina rumah di syurga

Rasulullah saw bersabda:

Allah swt bangunkan rumah di syurga dengan solat sunat 12 rakaat yang mengiringi sembahyang fardhu.
(Hadis riwayat Tirmizi, Nasai, Ibn Majah dan Ahmad)

Solat sunat yang mengiringi solat fardhu ada 2 sifat. sifat pertama ialah bersifat muakkad (yang amat sangat ditekankan perlaksanaannya). Sifat kedua ialah ghairu muakkad (yang tidak terlalu ditekankan perlaksanaannya).

Solat sunat 12 rakaat yang dianjurkan Rasulullah saw ialah:
  • 4 rakaat sebelum Zohor
  • 2 rakaat selepas Zohor
  • 2 rakaat selepas Maghrib
  • 2 rakaat selepas Isya'
  • 2 rakaat sebelum Subuh

Semua orang tahu yang kehidupan di syurga sangat indah. Pelbagai cerita yang kita telah dengar tentang nikmat tinggal di syurga. Di dalam al-Quran banyak kali disebut tentang kelebihan sesiapa yang dapat tinggal di syurga. Subhanallah...

Misi kali ini ialah melawan nafsu diri untuk rajin melakukan solat-solat sunat yang dianjurkan Rasulullah saw. Bukan untuk orang lain. Untuk kita juga.. Betul kan??

Apa tunggu lagi?? VRRROOOOOOMMMMM!!!


Wednesday, December 22, 2010

YOGURT & STRAWBERI (^^,)


Sahabat-sahabat mesti tahu pasal yogurt kan? dan semua tahu tentang kebaikan yang ada pada yogurt ni. 

Dalam yogurt ni terdapat bakteria probiotik. Tugas dia adalah untuk  menjaga keseimbangan bakteria dalam saluran pencernaan dan mencegah jangkitan bakteria dan kulat di dalam sistem pencernaan. Dalam segelas yogurt pula mengandungi 700miligram kalsium yang boleh membantu dalam proses menguatkan tulang.. Yeah!!




Kita cerita pula pasal strawberi. Antioksida yang ada di dalam strawberi dapat mengurangkan radikal bebas di dalam badan. Apa pulak radikal bebas ni??

Radikal bebas ialah unpair electrone yang sering merosakkan sel. Kesan radikal bebas ni ialah:
  • merosakkan sel
  • menyebabkan penuaan sebelum masa
  • menyebabkan penyakit degeneratif  seperti arthritis, kencing manis, pelemakan hati dan barah.
Allah SWT telah menciptakan pelbagai nikmat untuk kita manusia gunakan. Kita perlu mencari ilmu untuk kebaikan kita. Subhanallah..


p/s: Sebelum beli yogurt, jangan lupa semak status HALAL ok.. (^^,)

SOLAT CARA NABI MUHAMMAD S.A.W

Assalamualaikum..
 Sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah SWT. Saya yakin yang sahabat-sahabat semua tahu akan kepentingan solat dan masing-masing telah melakukannya sejak beberapa tahun lalu. Sejak dari darjah 1 kita dah diajar cara menunaikan solat. Alhamdulillah..


Kita terus ke perbincangan...


Sahabat-sahabat, jom kita tanya diri kita sendiri. Adakah cara kita solat sama dengan cara nabi Muhammad SAW? Nabi Muhammad SAW memberitahu kita dalam sabdanya " Solatlah kamu seperti mana kamu melihat aku solat." Jadi, adakah cara kita solat selama ini sama dengan cara nabi SAW solat? Kita kena semak dan kita kena belajar.


Sahabat-sahabat mesti tau pasal YouTube kan? Ok.. Apa kata kita ambil sedikit masa untuk belajar solat cara nabi SAW melalui YouTube ni. Sahabat-sahabat boleh taip nama Ustaz Johari Wahab. Beliau akan mengajar kita cara solat dan cara nabi berwudhu. Terdapat banyak siri. Kita boleh mempelajarinya sedikit-sedikit.


Insya Allah dengan usaha yang kita buat ini dan amalan solat kita yang sama dengan nabi SAW akan membolehkan nabi SAW mengaku bahawa kita ini umatnya. Apa yang kita takut adalah apabila di padang Mahsyar nanti nabi SAW tidak mengenali dan tidak mengakui yang kita ini adalah umatnya. Nauzubillahi min zalik..


HIDUP INI SEMAKIN SUKAR....

Assalamualaikum...

Hidup ini semakin sukar? Isy...Negatif betul pernyataan ni. Kita digalakkan untuk sentiasa berfikiran positif. Itu benar. Ramai pakar motivasi menyarankan kita untuk sentiasa berfikiran positif supaya hidup lebih gembira dan ceria. Namun, jangan lupa bahawa kegembiraan itu ada batasnya. Saya bukan nak tunjuk pandai apatah lagi nak jadi penceramah motivasi...

Baiklah.. Kita balik semula kepada tajuk kita tadi iaitu "Hidup Ini Semakin Sukar". Ada satu cerita.. jeng, jeng, jeng...

Semua orang kenal Saidina Uthman bin Affan RA kan? Beliau merupakan salah seorang sahabat nabi Muhammad SAW yang dijanjikan syurga. Satu hari beliau berjalan dan melalui kawasan perkuburan. Beliau tiba-tiba menangis teresak-esak. Seorang sahabat bertanya kepadanya, "Kenapa engkau menangis?". Saidina Uthman menjawab, " Sekarang, aku bahagia. Pelbagai nikmat yang Allah SWT berikan dapat aku rasa. Aku takut aku akan sensara ketika berada di alam kubur nanti."

Saya dapat cerita ni dari seorang pak cik yang juga tinggal di Kg. Tali Air, Morib. Bila saya fikir kembali ada benarnya cerita ini jika kita kaitkan dengan kehidupan kita. Jom kita imbas kembali diri kita sewaktu di dalam kandungan ibu kita. Kerja kita cukup mudah. Hanya perlu makan, tidur, makan dan tidur. He! Kemudian kita dilahirkan. Kita menempuhi kesukaran pertama iaitu kita perlu belajar bercakap, belajar berjalan, belajar makan sendiri.. isy.. susahnya.. Untuk berjalan sahaja, dah banyak kali kita terjatuh dan terhantuk. Namun, atas latihan yang kita lakukan, semua itu menjadi mudah. Setuju tak? Sekarang kita boleh makan dengan mudah, berlari, melompat berguling dan macam-macam lagi..

Seterusnya hidup kita semakin sukar apabila kita memasuki alam persekolahan. Kita kena belajar macam-macam. Kurang masa bermain. Kena patuhi disiplin. Kena marah.. Hadui.. Sukar sungguh! Namun, atas latihan yang kita lakukan semua pekerjaan menjadi mudah. Setuju tak? Malah ada dalam kalangan kita yang dah memiliki pelbagai ijazah dan kemahiran. Pangkat tak payah cerita la.. Pensyarah, doktor, Ir, doktor falsafah, prof madya, prof... hui.. Hebat-hebat belaka..

Hidup kita bertambah sukar selepas alam belajar. Kita kena masuk alam pekerjaan pula.. Susahnya.. Lepas tu kena kahwin pula.. Kita dibebani dengan masalah kerja, keluarga, masyarakat dan negara. Tak boleh elak. Kita kena hadapi semua ni. Namun, sekali lagi dengan ilmu, latihan dan amalan tertentu kita boleh jalani kehidupan ini dengan lebih mudah. Kita ada guru, ustaz dan pakar motivasi untuk membimbing kita mengharungi kehidupan ini.

Selepas itu, Kehidupan kita bertambah sukar apabila kita mula memasuki alam barzakh. Alam mati. Macam mana ya? Kita belum ada pengalaman lagi berada di alam ini. Bersediakah kita? Rasulullah SWT telah meninggalkan pesan untuk kita bagaimana kita hendak hadapi kehidupan yang semua orang akan tempuhi ini. Tugas kita hanya perlu amalkan apa yang telah diajarkan. Sama seperti kehidupan sebelum ini. Latihan adalah persediaan untuk kita tempuhi semua ini. Kita perlu mencari ilmu untuk kita berlatih. Tak guna berlatih tanpa ilmu dan tidak guna ilmu yang ada tanpa berlatih..

Renung-renungkan.. Selamat Berlatih (^^,)


Thursday, December 16, 2010

10 Muharam (Hari Asyura)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Perut kenyang makan bubur Asyura. dah 10 Muharam dah.. Subhanallah. Sangat laju masa berlalu. Sepanjang hari ni, saya senyum sepanjang hari. Sebab pertama hari ini ialah Hari Asyura bersamaan 10 Muharam 1432H. Sebab kedua ialah Malaysia berjaya mengalahkan pasukan Vietnam 2-0. Hehe! Alhamdulillah. Sebelah kaki sudah melangkah ke final piala Suzuki. 

Post kali ini adalah untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang kelebihan Hari Asyura..

  1. Terdapat 5 waktu sesuatu doa tidak akan ditolak. Hari tersebut ialah pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha. (riwayat Bukhari dan Muslim) 
  2. Rasulullah SAW pernah ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Asyura. baginda bersabda. " Akan digantikan kejahatan-kejahatan pada tahun sebelumnya dengan kebaikan disebabkan puasanya itu." (riwayat Muslim)
  3. Satu amalan sunat yang dilakukan pada hari Asyura ialah menggembirakan keluarga atau saudara mara terdekat. Rasulullah bersabda. " Sesiapa yang melapangkan (menggembirakan) keluarganya pada hari Asyura, maka Allah SWT akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun itu." (riwayat at-Tabrani dan al-Baihaqi) 
So, sahabat-sahabat sekalian, ni baru sedikit. sebenarnya banyak lagi kelebihan yang boleh kita dapat dalam hari Asyura ni. Banyak ganjaran yang Allah nak berikan kepada hambaNya iaitu kita. Kita je yang perlu berusaha untuk dapatkan ganjaran yang dijanjikan. Bak kata pepatah,

"Nak seribu daya.. Kalau tak nak, sudah.. tak boleh nak buat apa"
  

Sunday, December 12, 2010

Bersangka Baiklah Dengan Allah SWT

Jom sama-sama terapkan dalam hati bahawa sesuatu perkara tu datang dari Allah. Semua itu adalah ujian untuk hambaNya. Nak dapat kerja pun kena test, apatah lagi nak masuk syurga yang maha hebat tu..


Kemanisan Beribadah

Sebelum jari ini menekan lebih banyak huruf-huruf di atas key board,  terlebih dahulu saya memohon keampuan dari Allah SWT sekiranya wujud sikap riyak, takbur dan 'ujub dalam diri ini. Astaghfirullah... 

Sekadar berkongsi. Sementara menunggu jawapan penempatan, saya hanya duduk di rumah dan berkerja sambilan. Masa yang ada di rumah sangat banyak. Timbul kesedaran dalam diri yang waktu inilah sepatutnya saya gunakan untuk mencari keuntungan. Tidak kiralah keuntungan dunia mahupun akhirat. Kedua-duanya sangat penting. 

Diri ini sangat jahil. Banyak menghabiskan masa dengan membuat perkara-perkara yang merugikan. Tidak pernah insaf dengan pemergian sahabat-sahabat yang dijemput Allah SWT lebih awal dari diri ini. Cukupkah amalan saya? Layakkah saya berjumpa denganNya? Dengan diri yang penuh dosa.. Isy.. tak sanggup..

Saya melakukan sedikit-sedikit amalan yang pernah dipelajari. Inilah diri saya. Ibarat pokok yang tidak berbuah. Tahu tentang ilmu tetapi tidak diamalkan. Saya mohon kepada Allah SWT supaya kurniakan nikmat beribadah dalan diri ini. Saya sentiasa mahu jadi manusia yang baik. Tapi saya sedar yang hendak mencapai status manusia baik memang sangat susah.

Aku mohon kepada Mu Ya Allah.. Engkau masukkanlah nikmat beribadah dan nikmat iman dalam hatiku dan juga hati keluargaku serta hati umat-umat Islam. Kemudian jika kami telah dapat merasai nikmat tersebut, janganlah Engkau palingkan hati kami kepada yang asal. Kekalkanlah nikmat yang Engkau kurniakan. Ampunilah diri ini..

Air Itu Penting

Tidak perlu cerita panjang. Semua manusia di muka bumi ciptaan Allah ini tahu yang air sangat penting dalam hidup. Kanak-kanak pun tahu kepentingan air dalam diri mereka. 

"Aku jadikan makhluk hidup daripada air" 
(Surah al-Anbiyak)

Kajian telah dijalankan dan membuktikan yang air merupakan komponen terbesar dalam makhluk yang hidup. Kekurangan air boleh menyebabkan perjalanan atau keharmonian manusia terganggu kerana manusia sendiri dibentuk oleh 70% air. Apabila kehermonian ini terganggu, kesihatan manusia akan terjejas.

Oleh yang demikian sahabat-sahabat, rajin-rajinlah minum air. Air tidak menyebabkan perut anda buncit. Air akan melarutkan makanan-makanan yang tidak digunakan daripada menjadi tepu. Minumlah air kosong atau air jarang bak kata orang jawa paling kurang pun 9 gelas sehari. Insya Allah anda akan sihat.

p/s: Jangan gunakan artikal ini untuk anda ponteng puasa.. hehe! (^^,)

Wednesday, December 8, 2010

BEWARE!!! : Strategi Syaitan Untuk Menyesatkan Manusia

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka menandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semua kecuali hamba-hamba Mu yang Mukhlis antara mereka." (al-Hijr:39-40)

Rasulullah SAW: Sesungguhnya syaitan mengalir dalam tubuh manusia melalui aliran darah

Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam Madarijus-Salihin, terdapat lima strategi yang akan iblis gunakan dalam kerja menyesatkan manusia. Jika strategi pertama tak berjaya, iblis akan gunakan strategi kedua. Begitulah seterusnya sehinggalah strategi kelima.

Pertama: Iblis akan menggoda manusia untuk melakukan syirik, menolak keyakinan kepada Tuhan, menolak ajaran nabi Muhammad SAW dan menolak kebenaran al-Quran. Kemudian iblis akan hembuskan keraguan terhadap agama. Manusia yang terpengaruh akan merasakan agama ini menyusahkan dan menjadikan penganutnya ke belakang, terbelenggu dan ketinggalan zaman. 

Kedua: Iblis akan membiar dan mendorong kita beragama. Iblis menggalakkan kita beramal tetapi dalam masa yang sama iblis akan menyelewengkan kefahaman kita sehingga kita berasa seolah-olah kita beragama dan beramal dengannya padahal kita sudah melencong dari agama Islam. Kita akan adakan perkara baru (bida'ah). Kita terlalu fanatik dalam beragama dan kita rasakan yang amalan kita akan mendapat pahala, padahal amalan tersebut ditolak sama sekali.

Ketiga: Saitan mengajak untuk melakukan dosa-dosa besar seperti berzina, minum arak, menilik nasib dan membunuh. Paling parah apabila nafsu kita sendiri yang mendorong kita melakukan dosa-dosa besar tersebut. Nauzubillah.. Syaitan akan gunakan pelbagai elemen seperti rakan-rakan, media cetak, media elektronik dan lain-lain.

Keempat: Syaitan menghasut kita untuk berani melakukan dosa-dosa kecil. Syaitan akan meniupkan rasa tidak rasa bersalah dalam diri kita untuk melakukan dosa-dosa kecil tersebut dengan tanggapan manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Bukankah kita boleh memohon ampun dengan beristighfar? Kita silap. Dosa kecil yang kita lakukan akan menjadi dosa besar. Kita langsung tak menyedari tompokan dosa yang menggunung itu. 

Kelima: Iblis mempengaruhi kita agar sibuk melakukan perkara-perkara yang harus sehingga melupakan perkara-perkara yang wajib (beribadah). Kita akan dilalaikan dengan tidur yang lama, makan yang banyak, berborak di kedai kopi dan berhibur dengan berlebihan.

Astaghfirullah.. semua strategi di atas saya dapat rasakan yang syaitan betul-betul gunakan atas diri saya. Saya bukan menulis untuk menunjuk-nunjuk, tapi untuk menyedarkan diri saya yang selalu alpa dengan nikmat dunia yang sementara ini.. Saya masih berusaha dalam berdakwah kepada diri sendiri kerana saya sedar yang saya masih belum cukup kuat untuk berdakwah kepada orang lain.  


Monday, December 6, 2010

Amalan Best Untuk Dilakukan Pada Bulan Muharam

Assalamualaikum..

Sahabat-sahabat yang saya sayangi semua. Jujur kata saya bukanlah orang yang kuat beribadat. Namun, jauh di dalam hati saya (mungkin juga hati sahabat-sahabat) untuk menjadi seorang yang kuat beribadat kepada Allah SWT. Tapi tak salah untuk kita cuba sedikit-sedikit. Allah lebih menyukai yang sedikit itu tatapi istiqamah. Insya Allah. 
Berikut merupakan amalan yang best untuk kita lakukan pada bulan Muharam:
  • 1-9hb sunat puasa.
  • 10hb sunat puasa hari Asyura
Pada 10hb (hari Asyura) juga terdapat pekerjaan yang sunat dilakukan selain berpuasa, iaitu:
  • Menyapu kepala anak yatim (membahagiakan anak yatim)
  • Bersedekah kepada fakir miskin
  • Bercelak mata pada waktu malam
  • Menambah perbelanjaan keluarga
Maklumat di atas saya ambil daripada kitab "Indahnya Hidup Bersyariat" yang ditulis oleh Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid.


JOM KITA CUBA!!  (^^,)

1 Muharam 1432H

Assalamualaikum..

"Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan atas mereka. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal abadi, yang Qadim, yang Awal dan atas kelebihan Mu yang besar dan kemurahan Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon dari Mu pemeliharaan sepanjang tahun ini daripada syaitan yang direjam dan pembantu-pembantunya serta tentera-tenteranya. Kami juga memohon perlindungan Mu daripada nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Mu untuk melakukan usaha yang mendekatkan kami kepada Mu, wahai Tuhan Yang Memiliki Kebesaran dan Yang Maha Penyayang." Amin..

Alhamdulillah.. Doa di atas merupakan doa yang saya dan seluruh umat Islam di Malaysia, mungkin juga di dunia bacakan selepas solat fardhu Maghrib. Doa ini sangat besar maknanya bagi seorang hamba yang mengharap perlindungan dan kasih sayang dari Tuhannya.

Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah tetap memberi kita pelbagai nikmat meskipun kita selalu lupa akan tugas yang seharusnya kita lakukan di atas muka bumi milik Nya ini.. Subhanallah..

Cuba kita bayangkan jika Allah menarik sebentar nikmat oksigen yang diberikan kepada kita selama 5 minit sebab dosa yang kita lakukan. Tentu tak sanggup kan? hmm... Kita memang manusia yang sangat lemah. Senang sangat terlupa. Ini semua adalah muslihat syaitan untuk kita teman mereka di dalam neraka.  Na'uzubillah..

Marilah kita mohon supaya sentiasa dilindungi daripada ujian yang terlampau berat sehingga kita boleh terlupa untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Salam Maal Hijrah  dari saya ~HANIF~

Thursday, December 2, 2010

Jom Jadi Kaya!!

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Setiap tasbih, tahmid, tahlil, takbir dan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah sedekah. 
Cukuplah dengan dua rakaat solat Dhuha." 
(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad)

Solat Dhuha hukumnya sunat muakkad, sebab Rasulullah saw secara tetap dan berterusan melaksanakannya serta menyuruh para sahabat untuk menunaikannya. 

Mari kita tunaikan!

Menurut ustaz saya, waktu perlaksanaan solat Dhuha ini adalah sesudah matahari terbit hingga gelincir matahari sebelum masuk waktu Zohor (kira-kira jam 8-11 pagi).

Rasulullah saw bersabda:

"Bila pagi menjelang, maka tiap-tiap sendi pada tubuh manusia haruslah bersedekah. Maka setiap tasbih ialah sedekah, setiap tahmid ialah sedekah, setiap tahlil ialah sedekah, setiap takbir ialah sedekah dan menyeru kepada kebaikan serta mencegah kepada kemungkaran adalah sedekah. Dan semua itu dicukupkan dengan dua rakaat solat Dhuha." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad)


Berdasarkan hadis ini, marilah kita bersedekah setiap hari atas semua sendi di tubuh kita. kalau saya tidak salah, menurut kajian sains berjumlah 360 sendi. Subhanallah! Allah swt sudah beri kita jalan mudah untuk beribadah. Hanya luangkan 10 minit untuk jadi kaya (^^,)

Nikmat

"Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata, Wahai tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu tang soleh" (Surah an-Naml, ayat 19)

Sengaja saya tuliskan terjemahan surah ini sebab saya nak mengingatkan diri saya sendiri supaya bersyukur atas segala perkara yang Allah berikan. Saya tidak pandai menulis seperti penulis-penulis lain. Hasil tulisan saya seperti murid-murid sekolah. Namun, inilah yang saya mampu. Semoga Allah memaafkan kelemahan yang ada pada diri saya ini.

kita adalah makhluk Tuhan yang hebat

berbanggalah dengan diri sendiri sambil mensyukuri setiap nikmat yang telah diberikan oleh Yang Maha Hebat

Wednesday, December 1, 2010

cerita best

aku nak cerita sikit. aku dapat cerita ni dari Dr. Mohd. Ridhuan Tee. jalan cerita memang berbelit kalau korang tak fokus. jom hayati cerita nih. memang best.

cerita ni bermula dengan 4 orang sahabat. mereka diberi nama SEMUA, SESEORANG, SESIAPA dan TIADA.

ceritanya macam ni. terdapat satu tugas mustahak untuk disempurnakan dan SEMUA diminta melakukannya. SEMUA yakin yang SESEORANG akan melakuakan kerja tersebut. SESEORANG pula yakin yang SESIAPA mungkin telah melakukannya, tetapi TIADA pula yang melakukannya. SESEORANG menjadi marah disebabkan itu merupakan kerja yang perlu dilakukan oleh SEMUA. namun, TIADA yang menyedari bahawa SEMUA tidak melakukan kerja tersebut. perkara ini berakhir dengan SEMUA mencemuh SESEORANG apabila TIADA yang melakukan apa yang SESIAPA mungkin telah lakukan.

so, apa yang kita boleh belajar dalam cerita ni ialah, inilah akibatnya apabila semua saling harap mengharap. sama juga mcm lagu "Bangau oh bangau".. jom pikir.. hmmm.. (^^,)

rujukan: Al-Islam bil.443 Disember 2010

aku suka menconteng. ni r perasaan aku sekarang

bosan + pening..

ni lah perasaan aku sekarang. baru buat blog. tak tahu nk buat pe. dulu2 soh blaja x nak.. padan muka aku.. haha! memang jadi carca marba blog nih. tapi x pe.. positif punya pasal, aku akan troskan gak. (aku akan baiki penggunaan bahasa aku dalam blog nih.. hehe!)

salam..

nama aku hanif. aku baru je nak berjinak-jinak dalam dunia blog nih. aku masih tak de konsep utk blog aku. baru nk cuba-cuba. kalau aku da jumpe konsep yg aku nak isi dalam blog aku. aku akan letak je. haha! so, kpd sahabat-sahabat yg da lame ade blog, sy minta tunjuk ajar.. (^^,)